157 PTI Filipina dihantar pulang 

3 Oct 2026 • 4:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

157 PTI Filipina dihantar pulang 

LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Sabah menghantar pulang 157 warga Filipina melalui pelabuhan di sini ke Pelabuhan Bongao, Tawi-Tawi, Filipina pada Jumaat.

Program itu membabitkan 59 lelaki, 45 wanita, 33 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia antara sebulan hingga 69 tahun. Kanak-kanak berkenaan ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata semua yang terlibat dalam program itu datang dari Depot Imigresen Papar.

Sementara itu, seramai 71 warga Indonesia dari Depot Imigresen Sandakan dan Tawau dihantar pulang melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Penghantaran pulang itu membabitkan 57 lelaki, 13 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Dua lelaki warga Pakistan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dengan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Karachi, Pakistan,” katanya.

Beliau berkata sehingga kini seramai 5,629 warga asing, termasuk 3,684 warga Filipina, 1,646 warga Indonesia, 127 warga Pakistan, 128 warga China, 21 warga Vietnam dan 23 yang lain, telah dihantar pulang ke negara asal masing-masing di bawah program berkenaan.

Semua peserta telah melengkapkan prosedur perundangan di Malaysia dan memiliki dokumen perjalanan yang telah disahkan, katanya.

Jabatan itu menggesa semua pihak supaya lebih peka terhadap keadaan di persekitaran komuniti masing-masing dan tidak melindungi atau menyembunyikan pendatang tanpa izin serta menyalurkan sebarang maklumat kepada jabatan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved