Minggu lalu dunia dikejutkan dengan laporan lebih 16 bilion data pengguna telah tetiris ke arena web menjadikannya ketirisan maklumat terbesar dalam sejarah dunia. Tetapi laman Bleeping Computer kini mengatakan lambakan data yang tertiris ini sebenarnya bukanlah data yang baharu dicuri oleh penggodam.

Sebaliknya besar kemungkinan ia hanyalah pangkalan data yang dikumpul oleh penyelidik sekuriti siber untuk kesemua kes ketirisan data yang pernah berlaku sebelum ini. Sungguhpun begitu masih wujud risiko data peribadi pengguna dalam bahaya kerana pangkalan yang besar ini boleh digunakan perisian hasad infostealer yang menggunakannya untuk menceroboh akaun-akaun yang terkandung.
Orang ramai masih dinasihatkan untuk sentiasa mengubah kata laluan atau menggunakan perkhidmatan pengurusan kata laluan bagi mengelakkan akaun mereka diakses tanpa kebenaran.

![“Art Is Art” – Papar Adegan Keterlaluan Dalam MV, Ini Respon Penyanyi Baharu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)


