16 individu terlibat kemalangan di Ranau

LocalCars
26 Apr 2023 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seramai 16 individu termasuk dua warga emas dan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di sini, Isnin lepas.

Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian membabitkan mangsa berumur antara 3 dan 66 tahun itu berlaku di Jalan Kauluan Kundasang pada jam 1.30 tengah hari.

Lokasi kejadian adalah di laluan menaik ke arah Mesilou, yang sesak dengan pelancong terutamanya semasa percutian.

“Keadaan jalan tersebut adalah selekoh tajam dan mendaki yang curam dan berbahaya kepada kenderaan kecil terutama yang membawa muatan penuh penumpang,” kata Ridwan.

SPONSORED CONTENT MyAir planning student, civil servant fares Kota Kinabalu: With air fares between from Kuala Lumpur to Sabah and Sarawak being the bane of travellers, MYAirline’s RM249 KL-Tawau flight is making the newest low-cost airline popular among Sabahans in the Klang Valley. Read more Beliau menambah, panggilan mengenai insiden itu diterima menerusi talian MERS999 dan enam anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Becket Gumat dikejarkan ke lokasi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian sekitar 15 kilometer dari Balai, kami mendapati berlaku kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu Toyota Vigo, Perodua Axia, Perodua Alza dan Toyota Vellfire.

“Terdapat empat orang dalam setiap kenderaan. Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan Unit EMRS yang berada di lokasi dan dihantar orang awam ke hospital sebelum ambulans KKM tiba,” katanya.

Menurut Ridwan, sekurang-kurangnya empat mangsa cedera ringan, dua patah tangan, lima tidak mengalami kecederaan termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun manakala status mangsa lain belum diketahui.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.