
SANTIAGO – Kebakaran sebuah rumah penjagaan warga emas di Chile telah mengorbankan 16 penghuni, manakala 10 yang lain cedera dan dimasukkan ke hospital, kata pihak berkuasa, semalam.
Kebakaran bermula pada Jumaat malam di rumah penjagaan setingkat itu yang terletak di wilayah Araucania, 640 kilometer di selatan ibu negara Santiago, dan berjaya dipadamkan pada awal pagi semalam.
Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan api marak menjulang di atas bangunan itu dalam kegelapan malam, manakala jentera bomba menyembur air untuk memadamkan kebakaran.
“Kami menyampaikan rasa sedih dan pilu atas kematian 16 warga emas dalam tragedi ini.
“Seramai 26 warga emas berada di rumah penjagaan tersebut dan 10 daripada mereka terselamat dan telah dibawa ke hospital tempatan,” ,” kata pihak berkuasa di perbandaran Pitrufquen dalam satu kenyataan. – AFP
The post 16 maut rumah penjagaan warga emas terbakar appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Niat parkir kereta, warga emas rempuh tiga individu](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-13-at-08.32.11-1024x682.jpeg)
