[VIDEO] Niat parkir kereta, warga emas rempuh tiga individu

LocalCars
13 Sep 2026 • 8:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Niat parkir kereta, warga emas rempuh tiga individu

AMPANG JAYA – Hasrat seorang warga emas berusia 89 tahun untuk memarkir kenderaan bertukar insiden apabila kenderaan dipandunya dipercayai tersalah tekan pedal minyak sebelum merempuh tiga individu di Jalan 4/8, Pandan Perdana, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu membabitkan seorang penunggang motosikal, penjual bunga dan pejalan kaki yang berada di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan sedang berada di kawasan parkir.

“Akibatnya, penunggang motosikal, penjual bunga serta pejalan kaki terjatuh di tepi jalan dan mengalami kecederaan. Ketiga-tiga mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 yang jika disabitkan kesalahan boleh dikompaun tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000.

Terdahulu, video kejadian berdurasi 43 saat itu tular di aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Niat parkir kereta, warga emas rempuh tiga individu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved