166,000 orang melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol

WorldEnvironment
25 Jul 2026 • 10:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 166,000 orang melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol

PARIS – Lebih 166,000 berpindah di Perancis dan Sepanyol  ketika kebakaran hutan pada skala  belum pernah dilihat sebelum ini merebak berhampiran Madrid dan bandar pelancongan popular Perancis, Bordeaux.

Presiden Emmanuel Macron semalam mengarahkan tentera membantu membendung kebakaran hutan paling buruk pernah disaksikan negara itu selepas meminta bantuan Kesatuan Eropah(EU).

Kira-kira 44,000 orang melarikan diri dari Semenanjung Cap Ferret  di selatan Bordeaux , dengan satu-satunya jalan utama diancam api.

Bot-bot digunakan untuk memindahkan beratus-ratus orang, manakala yang lain memandu keluar dari semenanjung itu, yang terkenal dengan kediaman ramai jutawan. 

Lebih 50 rumah di sana telah musnah.

Sekurang-kurangnya 141,000 orang dipindahkan di barat daya Perancis dan 25,000 di wilayah Madrid, termasuk lebih 1,200 warga emas serta  orang kelainan upaya, kata pegawai di Perancis dan Sepanyol.

Madrid dan Paris meminta bantuan EU ketika api yang ditiup angin kencang dan merebak akibat  kemarau itu membakar hutan dan apa sahaja di laluannya.

Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez berkata,  Perancis tidak pernah melihat kebakaran sedemikian  dan berjanji untuk ‘melakukan segala-galanya’  untuk melindungi bandar Bordeaux. – AFP 

The post 166,000 orang melarikan diri, api menuju ibu negara Sepanyol appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved