169,346 individu sudah ganti MyKad generasi baharu

8 Oct 2026 • 4:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 169,346 individu sudah ganti MyKad generasi baharu

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 169,346 MyKad generasi baharu telah dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara sejak 17 September lalu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, pengeluaran tertinggi direkodkan di Kuala Lumpur sebanyak 20,592 diikuti Johor (18,871).

“Tiga negeri lain yang mencatatkan pengeluaran tertinggi ialah Sarawak (15,700), Sabah (13,711) dan Selangor (13,425). Bagi Terengganu pula, sebanyak 6,227 MyKad generasi baharu telah dikeluarkan setakat ini,” katanya pada program Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, di sini, hari ini.

Badrul Hisham, sambutan orang ramai terhadap MyKad generasi baharu amat positif dengan pengeluaran harian kini mencecah antara 10,000 hingga 10,500 keping.

“Walaupun sebelum ini kita sering memberitahu orang ramai untuk tidak berpusu-pusu ke JPN sekiranya MyKad mereka tidak rosak, rakyat tetap hadir bagi mendapatkan kad pengenalan generasi baharu yang mempunyai 53 ciri keselamatan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 169,346 individu sudah ganti MyKad generasi baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved