MyKad Generasi Baharu Boleh Mohon "Online", Ini 6 Pejabat JPN Selangor Tawar Cetakan Dalam Tempoh 30 Minit

LocalTechnology
7 Oct 2026 • 1:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

MyKad Generasi Baharu Boleh Mohon "Online", Ini 6 Pejabat JPN Selangor Tawar Cetakan Dalam Tempoh 30 Minit

Bagi yang perlu membuat permohonan gantian MyKad, kini terdapat kemudahan yang membolehkan urusan tersebut dilakukan dengan lebih mudah menerusi dua kaedah yang disediakan.

Menerusi perkongsian Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor di Facebook, permohonan gantian MyKad boleh dibuat melalui talian MY PHONE IN di 03-8880 7077 atau secara dalam talian menerusi portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di gantianmykad.jpn.gov.my.

Namun begitu, orang ramai perlu mengambil perhatian bahawa kemudahan cetakan MyKad Generasi Baharu dalam tempoh 30 minit hanya ditawarkan di enam pejabat JPN yang ditetapkan di Selangor.

Ini 6 pejabat JPN Selangor yang terlibat

Enam pejabat JPN yang menawarkan kemudahan cetakan MyKad Generasi Baharu dalam tempoh 30 minit ialah:

  • JPN Shah Alam

  • JPN Cawangan UTC Selangor

  • JPN Petaling

  • JPN Klang

  • JPN Kuala Selangor

  • JPN Hulu Langat

  • Sehubungan itu, orang ramai disarankan supaya menyemak terlebih dahulu dan memilih pejabat kutipan yang bersesuaian sebelum membuat permohonan.

    Langkah tersebut penting bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan urusan pengambilan MyKad berjalan dengan lancar.

    Baca juga:

    Tertakluk kepada terma dan syarat

    Kemudahan cetakan MyKad Generasi Baharu dalam tempoh 30 minit adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh JPN.

    Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Komunikasi Korporat JPN Negeri Selangor menerusi e-mel pppselangor@jpn.gov.my atau talian 03-5510 7255 / 03-5511 7355.

    Orang ramai disarankan untuk menyemak maklumat serta memilih pejabat kutipan yang sesuai sebelum membuat permohonan bagi memastikan urusan berjalan dengan lancar.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved