JPN sedia runding tambah Touch ‘n Go dalam MyKad baharu

LocalTechnology
8 Oct 2026 • 5:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JPN sedia runding tambah Touch ‘n Go dalam MyKad baharu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia berunding dengan mana-mana penyedia perkhidmatan bagi menambah fungsi tertentu dalam applet cip MyKad generasi baharu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, cip MyKad generasi baharu masih mempunyai ruang yang boleh dimanfaatkan untuk penambahan fungsi menerusi applet.

“Dalam cip itu sebenarnya ada ruang-ruang yang masih ada untuk kita masukkan (fungsi tertentu). Jadi, insya- Allah akan tambah baik dari masa ke semasa.

“Bukan tidak mahu membenarkan (fungsi tertentu) tetapi inisiatif lain ada untuk rakyat gunakan. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kesediaan penyedia perkhidmatan untuk bekerjasama dengan JPN,” katanya selepas program Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Taman Sinar Harapan Bukit Besar, di sini, hari ini.

Badrul Hisham berkata, ia termasuk Touch n Go yang sebelum ini berfungsi dengan MyKad namun penggunaan teknologi kini telah berkembang kepada platform lain termasuk pembayaran digital.

Beliau berkata, JPN tidak menolak kemungkinan fungsi berkenaan dimasukkan semula ke dalam MyKad generasi baharu pada masa akan datang menerusi bentuk kerjasama yang bersesuaian.

Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata, JPN turut menyediakan sistem pengesahan identiti secara elektronik atau eKYC bagi membolehkan pengesahan identiti dan imbasan wajah dilakukan bagi urusan dalam talian.

Beliau, penyedia perkhidmatan termasuk institusi perbankan, e-dagang dan platform digital bertanggungjawab menaik taraf sistem masing-masing agar kemudahan berkenaan dapat digunakan. – KOSMO! ONLINE

The post JPN sedia runding tambah Touch ‘n Go dalam MyKad baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved