174 warga asing dicekup atas pelbagai kesalahan, 6 majikan turut ditahan

8 Oct 2026 • 5:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 174 warga asing dicekup atas pelbagai kesalahan, 6 majikan turut ditahan

PETALING JAYA – Seramai 174 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) dalam operasi di sembilan premis perniagaan sekitar Seri Kembangan dan Bandar Baru Klang, Selangor, kelmarin.

Operasi bermula kira-kira pukul 7.30 malam itu turut menahan enam majikan warga tempatan kerana disyaki menggaji warga asing tanpa mematuhi peraturan ditetapkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi pada 7 Oktober lalu dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya susulan aduan awam dan risikan selama dua minggu.

Menurut beliau, seramai 149 pegawai pelbagai pangkat digerakkan dalam operasi berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan di premis yang disyaki menggaji serta melindungi warga asing tanpa kebenaran.

“Seramai 307 individu diperiksa membabitkan 121 warganegara Malaysia dan 186 warganegara asing.
.
“Hasil pemeriksaan, seramai 174 warganegara asing ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah itu, warga Myanmar mencatat jumlah tangkapan tertinggi iaitu 99 orang, diikuti Indonesia (29), Thailand (11), Vietnam (10), China dan India (tujuh), Bangladesh (lima), Laos dan Nepal (dua) serta masing-masing seorang dari Kemboja dan Nigeria.

Antara kesalahan dikesan termasuk menyalahgunakan pas, tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Dalam operasi sama, JIM turut menahan enam majikan warga tempatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Sebanyak 17 saman kepada saksi menerusi Borang 29 turut dikeluarkan terhadap beberapa pelanggan yang berada di lokasi serbuan.

Zakaria berkata, sehingga 7 Oktober lalu, seramai 1,880 majikan telah ditahan, manakala jumlah kutipan kompaun yang dikenakan mencecah RM41 juta.

Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara dua hingga 46 tahun dan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Tindakan terhadap mereka akan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-KOSMO! ONLINE

The post 174 warga asing dicekup atas pelbagai kesalahan, 6 majikan turut ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved