18 Akaun TikTok Organisasi Media Disekat, MCMC Berhubung Dengan TikTok

LocalPolitics
24 Feb 2025 • 1:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
TikTok organisasi media

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan berhubung 18 akaun TikTok organisasi media tempatan yang disekat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, menurut maklumat awal, semua akaun itu disekat kerana membuat laporan berkaitan kes cabul di sebuah masjid di Batang Kali yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu.

Banyak akaun TikTok organisasi media disekat

image is not available

“Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadang kala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.

“Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya.

image is not available

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kursus pertama dalam siri program latihan berkaitan AI untuk profesional media.

Fahmi ulas isu akaun TikTok organisasi media disekat

Sementara itu, beliau berkata, pelaporan berhubung kes cabul itu adalah laporan biasa seperti yang dibuat lazimnya oleh organisasi media dan tidak seharusnya menjadi isu.

image is not available

“Pelaporan itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Jadi di situ saya nampak masalah AI yang perlu TikTok jelaskan kepada kami dan kemudian jelaskan juga kepada syarikat-syarikat media,” ujarnya.

Difahamkan, TikTok memaklumkan mereka telah meningkatkan penggunaan AI-content moderation yang adakalanya menyebabkan salah faham berhubung kandungan dimuat naik di platform berkenaan.

“Jadi di situ saya nampak ada peluang untuk kita bincang dengan pihak TikTok beri kelonggaran, atau pun mungkin beri status yang berbeza untuk syarikat-syarikat media kerana mereka membuat pelaporan dan kita pun ada garis panduan atau pun kod etika kita sendiri, jadi di situ TikTok perlu faham,” jelasnya.