18 September penentu nasib dua pasangan suami isteri pukul amah

9 Sep 2026 • 11:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 18 September penentu nasib dua pasangan suami isteri pukul amah

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini menetapkan 18 September ini sebagai tarikh keputusan dua pasangan suami isteri yang beberapa pertuduhan termasuk mencederakan tiga pembantu rumah warga Indonesia pada Disember tahun lalu.

Ia bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan yang diwakili mendapatkan arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Majistret A. Shaarmini membenarkan permohonan pihak pendakwaan selepas pengadu kes berkenaan mengambil keputusan menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

Terdahulu, keempat-empat tertuduh, Muhamad Firdaus Sha’aban, 33, dan isterinya, Nurafiqah Nabila Hazhar, 33, serta Muhamad Hirzihaziq Abulae’s, 30, dan isterinya, Nurfarah Ainna Hazhar, 34, hadir ke mahkamah bagi mendengar prosiding kes berkenaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Syafiqah Sha’ari hari ini.

Hadir sama peguam Peguam Kamal Hisham Jaafar dan Nurainaa Kamilah Zalizan.

Sementara itu, Kamal Hisham ketika ditemui di luar mahkamah berkata, ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan telah hadir ke beberapa balai polis semalam dan secara sukarela menarik balik laporan yang dibuat terhadap anak guamnya.

Menurutnya, anak guamnya juga telah mengambil tindakan sama dengan menarik balik laporan polis berkaitan kes berkenaan.

“Penyelesaian berkenaan dicapai hasil kerjasama semua pihak termasuk Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Johor, selain menegaskan bahawa perkara itu diselesaikan secara baik dan harmoni.

“Sebenarnya kami telah mencapai kata sepakat dengan kerjasama pihak Perwakilan Indonesia dan semuanya berjaya diselesaikan dengan baik.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutama Konsul Jeneral Indonesia di Johor yang memberikan kerjasama sehingga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, penyelesaian secara harmoni itu penting memandangkan kes berkenaan mendapat perhatian ramai khususnya masyarakat Indonesia yang berada di Malaysia.

Beliau berkata, selepas laporan polis ditarik balik, pihak polis akan menjalankan proses temu bual bagi memastikan laporan berkenaan ditarik secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Terdahulu, keempat-empat mereka dihadapkan ke mahkamah sama di sini pada 22 Jun lalu dengan Muhamad Firdaus didakwa atas lima pertuduhan manakala Nurafiqah, Muhamad Hirzihaziq, Nurfarah Ainna, masing-masing berdepan tiga pertuduhan.

Kesemua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan berkenaan dengan Nurfarah Ainna dan suaminya masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM9,000, manakala Muhamad Firdaus dengan jumlah RM11,500 dan isterinya dibenarkan ikat jamin RM5,500.-KOSMO! ONLINE

The post 18 September penentu nasib dua pasangan suami isteri pukul amah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved