18th ICHiSS 2026: UPNM perluas jaringan strategik

15 Sep 2026 • 12:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 18th ICHiSS 2026: UPNM perluas jaringan strategik

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membuka dimensi baharu mengenai keselamatan serantau menerusi 18th International Conference on Humanities and Social Sciences (18th ICHiSS 2026) yang berlangsung di sebuah hotel di sini dengan menghimpunkan ahli akademik dan penyelidik dari Malaysia dan Thailand.

Pusat Komunikasi Strategik, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) UPNM berkata, tema itu mengetengahkan keperluan melihat cabaran keselamatan secara lebih menyeluruh, merangkumi aspek pertahanan, ekonomi, teknologi, budaya, pendidikan, komunikasi, kesihatan dan alam sekitar.

“Persidangan ini dianjurkan oleh Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), UPNM dengan kerjasama Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University (PSU) dan bertemakan Harmonizing Security, Culture and Life Long Learning in a Changing World.

“Penganjuran kali ke-18 ini merupakan kesinambungan kerjasama strategik UPNM-PSU yang telah terjalin sejak 2016 menerusi memorandum persefahaman (MoU) sehingga 2027, sekali gus memperkukuh jaringan pendidikan tinggi dan penyelidikan di peringkat ASEAN,” katanya.

Menurut Pusat Komunikasi Strategik UPNM, persidangan turut menampilkan 15 sesi pembentangan selari yang merangkumi pelbagai bidang termasuk pertahanan dan keselamatan, politik dan tadbir urus, hubungan antarabangsa, ekonomi, sains dan teknologi, pendidikan, media dan komunikasi, budaya, psikologi, kesihatan serta perubahan iklim.

Katanya, Profesor Adjung FPPP UPNM, Brig. Jen. (Kehormat) Tan Sri Prof. Dr. Fng Ah Seng tampil sebagai pengucap tama menerusi tajuk The Power of Visionary Leadership: Building Legacy, Transforming Communities and Shaping the Future yang mengetengahkan kepentingan kepimpinan berwawasan dalam membina legasi dan membentuk masa depan.

“Selain menjadi platform perkongsian ilmu dan pembinaan jaringan kepakaran, kertas kerja terpilih persidangan turut berpeluang diterbitkan dalam jurnal berindeks MyCite menerusi kerjasama FPPP bersama Global Academic Excellence (M) Sdn. Bhd,” katanya.

Katanya, penganjuran 18th ICHiSS 2026 turut mendukung Pelan Strategik UPNM30 khususnya dalam memperkukuh Nilai Teras Strategik Kesarjanaan dan memperluas jaringan strategik UPNM di peringkat antarabangsa. – UTUSAN

The post 18th ICHiSS 2026: UPNM perluas jaringan strategik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved