1MDB: Lebih AS$1.37 bilion aset dipulangkan kepada Malaysia

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 1MDB: Lebih AS$1.37 bilion aset dipulangkan kepada Malaysia
Azalina Othman. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lebih AS$1.37 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah berkenaan adalah berdasarkan input yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Selain aset yang telah dipulangkan, masih terdapat sejumlah wang dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang sedang ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan di Amerika Syarikat serta beberapa bidang kuasa asing yang lain,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang ingin tahu jumlah wang dan aset hasil penyelewengan 1MDB yang sudah dipulangkan oleh Amerika Syarikat setakat ini, serta baki yang masih ditahan negara itu dan negara lain.

Mengenai jumlah sebenar wang dan aset yang masih ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan, Azalina berkata perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat pada masa ini.

Beliau berkata ini kerana ia bergantung kepada perkembangan semasa prosiding yang sedang berjalan serta perubahan nilai pasaran aset berkenaan dari semasa ke semasa. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved