Stripe, salah satu platform pembayaran terkemuka, kini dilaporkan telah melakukan tawaran kepada PayPal untuk mengambil-alihnya. Stripe dilaporkan bekerjasama dengan firma pelaburan ekuiti Advent International, dan menawarkan untuk mengambil-aliha PayPal pada nilai lebih $53 bilion.

Ia dikatakan Stripe telah melakukan tawaran pengambil-alihan ini pada awal bulan Julai ini. Dibawah pengambil-alihan ini, sekiranya berjaya, PayPal dijangka akan kekal beroperasi sebagai syarikat kendiri, dimana Stripe dan Advent akan mempunyai pegangan yang sama pada syarikat PayPal.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada pemegang saham PayPal akan bersetuju untuk pengambil-alihan ini atau tidak. PayPal sebelum ini pernah mencapai tahap kemuncak pada 2021 dengan nilai syarikat mencecah $360 bilion, namun merudum dari tahun ke tahun, sehingga kini mencecah serendah $36 bilion. PayPal merupakan antara penyedia pembayaran digital terawal di arena internet, sementara Stripe pula lebih memfokuskan kepada kemudahan integrasi sokongan pembayaran dalam aplikasi dan rentas web.




