2,000 individu di DUN Dusun Tua dan DUN Semenyih terima baucar Aidilfitri RM200

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 8:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 MAC: Seramai 2,000 individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua dan DUN Semenyih menerima baucar Program Jom Shopping Aidilfitri dengan nilai keseluruhan RM400,000, bagi membantu keluarga berpendapatan rendah membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Dato’ Johan Abd Aziz menerusi hantaran di Facebok berkata daripada jumlah itu 900 penerima di DUN Dusun Tua menerima baucar bernilai RM180,000, manakala 1,100 penerima di DUN Semenyih menerima RM220,000.

image is not available
Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Dato’ Johan Abd Aziz. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Setinggi penghargaan kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari atas keprihatinan Kerajaan Selangor yang terus komited meneruskan inisiatif ini demi kebajikan rakyat.

"Semoga bantuan ini dapat memberi kegembiraan kepada para penerima dalam menyambut Syawal bersama keluarga, insya-Allah,” katanya yang juga merupakan penyelaras DUN Semenyih.

Sebelum ini, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu memaklumkan sebanyak 38,400 baucar Jom Shopping Aidilfitri akan diagihkan tahun ini di 56 DUN membabitkan peruntukan keseluruhan RM7.68 juta.

Beliau menambah tempoh penggunaan baucar dilanjutkan sehingga 20 Mac, berbanding tarikh asal 18 Mac, bagi memberi ruang kepada masyarakat Islam membuat persiapan Aidilfitri.

View Original Article