2.3 juta tontonan, gadis bertudung penari lion dance tular, siap buat aksi lompat!

Entertainment
17 Jan 2023 • 3:59 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKSI seorang gadis bertudung membuat persembahan tarian singa tular di laman sosial.

Tarian singa atau lion dance sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tak lama lagi.

Mesti banyak tempat meriah dengan persembahan tarian singa kan? Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok @ahpeng2830 aksi seorang gadis berhijab menjadi salah seorang penari yang memakai kostum singa.

Dia juga bertindak menjadi penari pada bahagian hadapan yang memegang kostum kepala singa.

“This is 1 Malaysia,” titipnya.

Video berdurasi sembilan minit itu menerima 2.3 juta tontonan dan 118,400 tanda suka.

image is not available

Dalam satu hantaran yang lain, Ah Peng berkongsi sebuah keluarga aktif membuat persembahan tarian singa.

“Satu keluarga bapa ibu anak perempuan aktif dalam tarian singa,” tulisnya.

image is not available

Warga maya rata-rata teruja dengan ketangkasan gadis berkenaan membuat persembahan. Tidak kurang memuji kekuatan stamina dan langkah tarian yang tepat.

-“Oh my god, terharu pula tengok gadis bertudung buat persembahan lion dance.”

-“Siapa yang bersekolah aliran Cina akan faham kepuasanya.”

-“Tak sia-sia tengok sampai habis, good job girls. Awesome.”

-“Aunty tengok sampai habis, terbaik kita 1 Malaysia.”

image is not available

-“Kagum dan bangga. Terbaik adik comey”

-“So cute, ala-ala manja, mengada-ngada gitu. Kalian memang terbaik. Love to see this.”

-“Kagum, salute. Tapi penat sungguh ya hampir 10 minit.”

-“Memang power. Timing tak lari langsung.Tabik spring.”

INFO TARIAN SINGA

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

1-Untuk pengetahuan semua, tarian singa adat warisan masyarakat Cina.Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

2-Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.

3-Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan.

4-Tarian singa ini akan diiringi oleh gong dan dram.

5-Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam.

6-Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan.

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Pixabay)

7- Dua tarian singa yang amat popular ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan.

8-Tarian singa Utara berasal dari bahagian Utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja.

9-Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga, (hijau dan kuning bagi kostum singa betina). Ia Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

10-Tarian Singa Selatan pula mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar dan dipersembahkan sebagai istiadat atau upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.

11- Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.