2 Anak Mangsa Tragedi Kebakaran Di Raub Terima Pencen Penakat PERKESO

LocalFamily & Parenting
8 Mar 2026 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Pamah Kulat, Dong di Raub, Pahang baru-baru ini telah menyebabkan dua beradik yatim piatu selepas ibu bapa mereka serta tiga adik beradik mereka terkorban dalam kejadian tersebut.

Dua beradik tersebut iaitu Ruby Adalia Balqis, 19 tahun dan Ahmad Balia Murqam, 15 tahun terselamat kerana mereka tidak berada di rumah ketika kejadian.

Terbaru, dua adik-beradik ini selaku waris keluarga mangsa layak menerima faedah bulanan Pencen Penakat PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial).

Dr Azman Aziz selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO telah berkunjung ke rumah pakcik dua beradik tersebut untuk menziarahi mereka serta untuk menyampaikan pencen penakat tersebut yang merupakan hasil caruman arwah bapa mereka.

image is not available

Dr Azman Aziz turut menghadiahkan tablet dan mesin pencetak kepada Ruby yang kini sedang belajar di Kolej Matrikulasi Gambang.

Difahamkan, dua beradik ini kini menjadi anak angkat PERKESO dan akan terus dibantu dan disantuni oleh pihak PERKESO.

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook Dr Azman Aziz

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.