Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan dua beradik dari Malaysia yang terbang ke Perancis untuk bertanding dalam Europian Kids Championship 2024 di Gauchoux.
Siapa sangka, mereka bukan sahaja berani menghadapi wakil dari 15 negara lain, termasuk Perancis, Belanda, Brazil dan Amerika Syarikat. Tetapi juga berjaya menewaskan peserta-peserta hebat lainnya.
Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) – Juara Heba Nusaybah (U12) – Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery
Abdurrahman Ahmad Mu’az, berusia 14 tahun, telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kategori bawah 14 tahun.
Adik perempuannya, Heba Nusaybah, berusia lebih muda, tetapi tidak kurang hebatnya, berjaya meraih gelaran naib juara dalam kategori bawah 12 tahun.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah kejayaan mereka berdua. Tanpa tajaan kerajaan atau pihak lain, ibu mereka menggunakan duit simpanan sendiri dan hasil berniaga untuk membiayai perjalanan ke Perancis.
Mereka menggunakan pengangkutan awam, membawa makanan siap sedia dari Malaysia dan berusaha berjimat cermat demi kejayaan anak-anak mereka. Biarpun lokasi pertandingan yang jauh dari Bandar Paris, namun jarak itu tidak menghalang semangat mereka bertanding.
The post 2 beradik dari Malaysia raih kemenangan dalam sukan memanah berkuda di Perancis appeared first on The Reporter.


![Kumpul Dana Dengan Jual Kuih Raya, 2 Beradik Menang Pingat Emas & Perak Dalam Acara Memanah Berkuda Di France [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)
