2 Beranak Kantoi Jual Nasi Bungkus Untuk Orang Ponteng Puasa Di Kelantan

Entertainment
11 Apr 2023 • 5:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kegiatan dua beranak yang menjual nasi bungkus menggunakan kereta kepada gang plastik hitam telah berjaya dihidu oleh pihak berkuasa di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa hari ini.

Peniaga yang merupakan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an dan anak lelakinya yang dalam lingkungan 20-an itu telah ditahan pada jam 9 pagi oleh anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pihaknya menjalankan intipan selama seminggu berdasarkan maklumat daripada orang awam, lapor Sinar Harian.

image is not available

“Anak kepada wanita itu memandu kereta Perodua Myvi manakala ibunya menjual nasi bungkus berlauk ikan dan ayam di sekitar Jalan Padang Tembak.

“Semasa serbuan dijalankan, kita turut menahan dua lelaki pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an yang membeli nasi bungkus dijual oleh dua beranak itu,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

image is not available

Menurut beliau, dua beranak itu merupakan peniaga nasi berlauk yang terkenal di Kota Bharu. Ujar beliau lagi, mereka berdua dipercayai menjual nasi kepada individu yang ponteng puasa sejak tahun lalu dan meneruskan kegiatan tersebut pada hari pertama Ramadan tahun ini.

“Dua beranak itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual makanan.”

Hurm, kalau jual kat bazar je kan elok…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.