2 individu ditahan cuba ceroboh Istana Negara

18 May 2024 • 1:24 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terbabit kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.

Suspek masing-masing berumur 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu, ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mereka ditahan ketika cuba memasuki istana melalui pintu itu pada kira-kira jam 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Pemeriksaan lanjut anggota polis terhadap kenderaan suspek menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari hingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Rusdi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Katanya, orang ramai diseru supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan sesuatu berita tidak pasti. – 18 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved