2 Lelaki Ditahan, Cuba Masuk Ke Dalam Istana Negara & Dakwa Mahu Jumpa YDPA

18 May 2024 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya isu keselamatan di negara kita semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini kerana terbaru, dua orang lelaki tempatan ditahan selepas cuba masuk ke dalam Istana Negara, lapor Sinar Harian.

Dua orang lelaki itu mendakwa mahu masuk ke dalam Istana Negara kerana mahu bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Difahamkan, kejadian berlaku pada Jumaat petang.

image is not available

Kedua-dua orang lelaki itu menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kembara sebelum cuba memasuki Istana Negara menerusi Pintu 3.

Pihak polis kemudiannya telah memeriksa kenderaan kedua-dua lelaki itu dan sebilah parang telah ditemui dalam kereta tersebut.

image is not available
Gambar hiasan

Namun, kedua-dua suspek tersebut didapati negatif dadah setelah mereka diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

Buat masa ini, kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan reman sehingga 21 Mei ini selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved