2 Kanak-kanak Ditangkap Kerana Cuba Curi Durian Undang Perbalahan Netizen

Entertainment
18 Jul 2025 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah video, seorang lelaki menangkap kanak-kanak yang dipercayai cuba mencuri sebiji durian di kedainya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, memaparkan lelaki berkenaan yang dilihat berjaya menangkap salah seorang daripada kanak-kanak terbabit, manakala seorang lagi sempat melarikan diri.

Kanak-kanak yang berjaya ditangkap itu cuba melepaskan diri dan menafikan dirinya mencuri buah yang kini dalam musimnya.

“Bukan saya curi. Dia yang curi, dia yang ambil (durian), dia lari,” ujar budak lelaki itu.

“Kesianlah, budak lagi tu”

Bagaimanapun, perkongsian video itu telah mengundang perbalahan netizen di ruangan komen apabila ada yang menganggap tindakan lelaki tersebut agak keterlaluan memandangkan hanya sebiji buah yang cuba diambil.

Ada yang berkata, kemungkinan kanak-kanak itu sedang kelaparan dan tidak perlulah berkasar dengan mereka.

image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, sebahagian yang lain menyokong tindakan tegas itu sebagai bentuk pengajaran awal agar perbuatan mencuri tidak menjadi tabiat.

image is not available

Setakat ini, tidak dipastikan lokasi insiden dan belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian terbabit.

Pandangan korang pula macam mana?

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.