2 Lagi Outlet Proton e.MAS Dibuka

LocalCars
10 Mar 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengedar sah Proton, Kumpulan Atiara Johan telah mengembangkan sayapnya dalam pasaran kenderaan elektrik apabila membuka dua cawangan baharu Proton e.MAS, baru -baru ini.

Dua cawangan itu akan dikendalikan oleh cabang perniagaan baharu Atiara Johan, AJG Mobility Sdn Bhd (AJG Mobility) .

Satu cawangan Proton e.Mas itu terletak di Puncak Jalil, Selangor dan satu lagi ialah Pusat Jenama e.MAS di Bandar Puchong Jaya, Selangor.

image is not available

Cawangan baharu e.MAS ini menampilkan rekaan kontemporari yang dilengkapi paparan skrin digital interaktif bagi memudahkan pelanggan mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi dan teknologi EV Proton.

image is not availableimage is not available

Malah, terdapat juga penasihat jualan terlatih untuk menerangkan kepada pelanggan berkaitan pengalaman pemilikan EV serta menjawab semua pertanyaan tentang penyelenggaraannya.

Unit pandu uji juga tersedia bagi membolehkan pelanggan mengalami sendiri prestasi kenderaan tersebut.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Atiara Johan, Eric Moo berkata, pelanggan yang membeli kereta dari pusat e.MAS baharu ini akan dapat memanfaatkan kemudahan servis canggih yang tersedia.

“Kedua-dua cawangan (Puchong Brand Centre dan Seri Kembangan) 3S kami dilengkapi dengan dua ruang servis dan satu pusat alat ganti khusus bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat temujanji, pelanggan boleh menghubungi:

• e.MAS Brand Centre (Puchong)

012-3727765.

No. 1, Jalan Kenari 1,

Bandar Puchong Jaya

• e.MAS 3S Centre (Seri Kembangan)

019-662 4927.

Lot PT 59674, Persiaran Puncak Jalil,

Taman Puncak Jalil, PJU 6.