2 Lelaki Berdepan Detik Cemas, Harimau Muncul Ketika Memancing

Entertainment
15 Sep 2024 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kehadiran seekor harimau ketika dua orang rakan sedang memancing di aliran sungai dalam kebun kelapa sawit di Felda Nitar 2, Mersing telah mencetuskan detik-detik cemas buat mereka berdua.

Memetik laporan Harian Metro, dua orang rakan tersebut iaitu Nazeri Iskandar dan Mohamad Azmir Mokeri telah pergi ke kawasan aliran sungai dalam kebun terbabit untuk memancing sekitar jam 5.45 petang pada Rabu lalu.

Ketika sedang memancing, mereka menyedari kehadiran pak belang itu apabila salah seorang daripada mereka menoleh ke belakang kerana mahu mengambil beg.

Pada ketika itulah, dia sedar bahawa haiwan tersebut menuju ke arahnya.

Video kejadian itu sempat dirakam dan telah tular di media sosial selepas di muat naik di platform TikTok.

@nazrie_iskandar

alhamdulillah masih dipanjangkan lagi umur mat dan memeng… pengalaman seumur hidup tengah casting harimau datang berdepan… kepada kawan2 mat berhati-hatilah ketika berada di dalam hutan…kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan…alhamdulillah ya allah #syukuralhamdulillah #casting #alhamdulillah #semuaallahbagi #ozmy

♬ bunyi asal – nazrie_iskandar – nazrie_iskandar

Menurut mereka, mereka memang biasa datang memancing di situ sekurang-kurangnya seminggu sekali dan sebelum ini, pernah juga mereka mendengar suara harimau.

Namun, ini kali pertama mereka berdepan dengan haiwan buas itu pada jarak dekat.

Mereka turut mengatakan ketika kejadian, mereka hanya mampu berserah dan bertawakal kepada Allah SWT dan telah membacakan potongan ayat doa Nabi Sulaiman.

Kedua-duanya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat pokok.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.