2 Maut, Nahas 2 Treler, Leburaya PLUS Berhampiran Sungkai Sesak 15KM

LocalCars
4 Aug 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua treler di Kilometer (KM) 372.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Sungkai, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah treler membawa telur dinaiki empat orang yang melanggar bahagian belakang treler sarat muatan simen yang diletakkan di tepi jalan.

"Perlanggaran itu menyebabkan dua penumpang lelaki, kedua-duanya berusia 20-an, tercampak keluar dari kenderaan. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

"Dua lagi mangsa, berusia 30-an dan 40-an, mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital oleh anggota penyelamat kecemasan," katanya.

image is not available

Sementara itu, PLUS dalam satu hantaran di akaun X berkata, kemalangan itu menyebabkan trafik sesak sejauh 15 km.

Setakat 2.22 petang tadi, kerja-kerja pembersihan masih dijalankan dan lorong tengah dibuka semula.