2 pelajar maut di Flat Sungai Pari: 10 saksi termasuk guru, rakan dirakam keterangan

3 Aug 2026 • 7:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 2 pelajar maut di Flat Sungai Pari: 10 saksi termasuk guru, rakan dirakam keterangan

LARUT: Polis telah merakam percakapan 10 saksi bagi membantu siasatan kes dua pelajar perempuan yang ditemukan maut di Flat Sungai Pari, dekat Buntong, Ipoh pada 24 Julai lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, saksi yang dirakam keterangan terdiri daripada guru serta rakan-rakan terdekat mangsa.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kejadian selain membantu pihak polis melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

“Kita telah merakam percakapan kira-kira 10 saksi termasuk pihak sekolah, guru-guru serta rakan-rakan terdekat mangsa.

“Selain itu, beberapa barangan milik mangsa turut dihantar kepada pihak forensik untuk pemeriksaan, namun keputusan masih belum diperoleh,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama hari ini.

Menurut Datuk Mohd Alwi, hasil siasatan awal setakat ini tidak menunjukkan kejadian berkenaan mempunyai unsur jenayah.

“Setakat ini memang tidak ada yang menunjukkan ke arah perlakuan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, polis akan meneruskan siasatan termasuk menunggu keputusan pihak forensik sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kejadian tersebut.

Semalam, media melaporkan keluarga dua remaja perempuan terbabit mahu mengambil tindakan perundangan kerana berpandangan terdapat unsur kecuaian dalam tragedi itu.

Mereka mendakwa kecuaian berlaku apabila kawasan rumah pangsa 15 tingkat itu tidak dipagar, selain seakan-akan projek terbengkalai hingga orang ramai termasuk kanak-kanak bebas memasuki kawasan itu. – UTUSAN

 

The post 2 pelajar maut di Flat Sungai Pari: 10 saksi termasuk guru, rakan dirakam keterangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved