Kegagalan Fungsi Gear Pendaratan Pada Pesawat Mungkin Jadi Punca Nahas Jeju Air Di Korea

WorldTravel
29 Dec 2024 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pagi tadi, dunia dikejutkan dengan berita sebuah pesawat Jeju Air yang dalam perjalanan dari Bangkok telah terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 28 orang penumpang telah maut dalam kejadian tersebut dan dalam perkembangan terkini, jumlah mangsa yang terkorban telah meningkat kepada 85 orang.

Setakat ini, difahamkan hanya dua orang mangsa sahaja yang berjaya diselamatkan.

Memetik laporan The Korea Times, pihak berkuasa lapangan terbang itu mengatakan kejadian pesawat terhempas itu berkemungkinan berpunca daripada gear pendaratan pada kapal terbang itu yang gagal berfungsi.

image is not available

Ketika kejadian, pesawat itu telah terkeluar daripada landasan dan ia kemudiannya melanggar struktur pagar lapangan terbang berkenaan sebelum terbakar.

image is not available

Dalam video yang tular di media sosial juga, dapat dilihat bahawa tayar pesawat itu tidak aktif ketika cuba mendarat.

@majoritiofficial

Setakat ini, belum dapat dipastikan lagi jika ada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu. Klik link untuk berita penuh. #majoriti #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #jejuair #pesawatjeju

♬ Epic Inspiration – DM Production

Dalam masa yang sama, perlanggaran pesawat itu dengan burung sebelum kejadian juga dipercayai menjadi punca kegagalan fungsi gear pendaratan pesawat tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.