2 Restoran Terbakar Di Brickfields, 2 Wanita Cedera 

8 Nov 2026 • 4:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

2 Restoran Terbakar Di Brickfields, 2 Wanita Cedera 

KUALA LUMPUR - Dua wanita cedera, termasuk seorang yang patah tangan kiri, selepas dua restoran dua tingkat di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Md Fuad Selamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.04 pagi sebelum jentera dan anggota bomba tiba di lokasi empat minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran memusnahkan sepenuhnya tingkat bawah kedua-dua premis berkenaan, manakala kira-kira 50 peratus bahagian tingkat atas turut terjejas.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 34 tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan, manakala seorang lagi mangsa berusia 24 tahun dilaporkan patah tangan kiri.

“Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan.

Operasi pemadaman melibatkan 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dengan bantuan BBP Pantai dan Seputeh. - Getaran, 8 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved