2 Wartawan Cedera, Kereta Dirempuh Lori

25 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

2 Wartawan Cedera, Kereta Dirempuh Lori

IPOH - Dua wartawan wanita cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah belakang di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Kledang Permai, di sini, kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

Kedua-dua wartawan itu dalam perjalanan ke Bagan Datuk bagi membuat liputan program membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika kejadian berlaku.

Kereta berkenaan dilaporkan berhenti di persimpangan itu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh lori terbabit sehingga menyebabkan kenderaan itu berpusing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi, sambil memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook meluahkan rasa sedih atas kemalangan yang menimpa dua pengamal media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST).

Beliau berkata, kedua-dua wartawan berkenaan sedang menerima rawatan, dengan seorang daripada mereka masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

“Saya mendoakan agar urusan rawatan Dina dan Zahra dipermudahkan serta mereka diberikan kesembuhan sepenuhnya.

“Mari kita sama-sama mendoakan agar kedua-duanya segera pulih dan kembali sihat,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved