Pearly-Thinaah, Pang Ron-Pei Jing naib juara Terbuka Perancis

25 Oct 2026 • 10:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pearly-Thinaah, Pang Ron-Pei Jing naib juara Terbuka Perancis

PETALING JAYA: Hajat dua beregu negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing untuk merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis tidak kesampaian selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing di Paris, Perancis, hari ini.

Dalam perlawanan akhir, beregu wanita No. 4 dunia, Pearly Thinaah tewas kepada juara bertahan, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun 21-10, 17-21, 16-21 dalam masa 1 jam 4 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah kini dipintas pasangan No. 3 dunia itu dengan rekod pertemuan 5-6.

Sementara itu, dalam aksi beregu campuran, Pang Ron-Pei Jing tunduk kepada gandingan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China 10-21, 13-21 dalam masa 37 minit.

Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Pang Ron-Pei Jing di tangan Yan Zhe-Dong Ping.

Selaku naib juara, Pearly-Thinaah dan Pang Ron-Pei Jing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$33,250 (RM135,836) berserta pingat perak. – UTUSAN

The post Pearly-Thinaah, Pang Ron-Pei Jing naib juara Terbuka Perancis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved