“Cukuplah Dengan Apa Yang Terjadi Selama Ini” - Bekas Isteri Dedah Sudah Bercerai Dengan Jay Iswazir

2 Nov 2024 • 8:33 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Jay Iswazir disahkan bercerai dengan isterinya, Azzahra Ahmad. 

Berita penceraian itu diumumkan oleh Azzahra menerusi akaun Instagramnya pada Sabtu.
 



"Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah, saya terpaksa membuat hantaran ini untuk memberitahu kepada umum atas sebab-sebab tertentu. 

"Mengapa kami berpisah, rasanya tidak perlu saya umumkan. Cukuplah mereka yang tahu sahaja yang mengetahui," tulisnya. 

Harap tunai tanggungjawab 

Dalam hantaran sama, Azzahra menulis harapan agar bekas suaminya itu menunaikan tanggungjawabnya selepas bercerai. 

"Semoga dalam tempoh edah ini, saya berharap agar awak dapat menunaikan tanggungjawab dan jangan mengambil  mudah lagi.

"Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini, saya sudah cukup bersabar. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri. 

"Maaf atas segala kekurangan, halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini," tulisnya. 



Hantaran itu menerima pelbagai reaksi serta kata-kata semangat dalam ruangan komen antaranya daripada rakan-rakan artis seperti Bella Astillah, Taufiq Hanafi dan ramai lagi. 

Jay dan Azzahra berkahwin pada Mac 2022. 

Setakat ini, Jay tidak ada memuat naik sebarang hantaran berkaitan penceraian di akaun media sosialnya.