2 Tayar Sebuah Kereta Honda Dicuri Ketika Diparkir Di Tempat Letak Kereta Berbayar

Entertainment
24 Nov 2024 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita parkir kenderaan kita di tempat letak kereta yang berbayar agar keselamatan kereta atau motosikal kita lebih terjamin.

Namun, lain pula kisah seorang pemilik kereta Honda City ini apabila dua tayar keretanya telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab ketika keretanya itu diparkir di tempat letak kereta berbayar di Lumut, Perak.

Memetik laporan Kosmo, kereta itu diparkir di kawasan letak kereta berbayar itu oleh pemiliknya sejak 14 November lalu sebelum pemilik kereta tersebut ke Pulau Pangkor.

image is not available

Difahamkan, pemilik kereta itu membayar RM150 kerana mahu meletakkan keretanya di situ selama sebulan.

Dua tayarnya yang hilang dicuri itu telah mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM2,000.

image is not available

Kehilangan tayar-tayar kereta itu disedari oleh pemilik kereta yang berada di Pulau Pangkor setelah dia dihubungi oleh rakannya semalam.

Difahamkan, bukan hanya tayar yang dicuri, malah rimnya juga turut hilang.

Laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa dan kini, pihak polis sedang giat memburu suspek.

Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.