
KUALA LUMPUR: Operasi bas perantara Rapid KL ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ketika ini masih berjalan baik, dengan 20 bas tambahan dikerah bagi menampung keperluan pengguna sempena acara Formula 1 (F1).
Rapid KL dalam maklum balas kepada Utusan Malaysia berkata, keadaan operasi bas perantara ketika ini masih lancar, namun bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.
“Operasi pada masa ini masih baik, walau bagaimanapun bergantung kepada keadaan lalu lintas,” katanya.
Dalam pada itu, penambahan kira-kira 20 bas dibuat bagi membantu meningkatkan kapasiti pengangkutan awam, khususnya ketika waktu puncak apabila jumlah pengguna meningkat.
Semalam, tular rungutan penggunjung SIC yang mendakwa berdepan masalah mendapatkan perkhidmatan shuttle, termasuk tempoh menunggu yang panjang dan kesesakan di lokasi pengambilan penumpang ketika mahu menyaksikan acara F1. – UTUSAN
The post 20 bas tambahan dikerah lancarkan operasi di SIC appeared first on Utusan Malaysia.






