
PETALING JAYA – Kesesakan barisan pengunjung untuk menaiki bas perantara sempena perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi mencetuskan rungutan.
Menerusi satu hantaran di Threads Fteenzlkha, dia mendakwa keadaan pada hari kedua penganjuran lebih teruk berbanding semalam apabila dia terpaksa berdiri lebih empat jam untuk menunggu perkhidmatan berkenaan.
Katanya, keadaan semalam sudah reda menjelang pukul 9 malam, namun situasi hari ini masih kelihatan sama walaupun waktu sudah melepasi 9 malam.
“Semalam pada pukul 9 malam keadaan sudah reda. Hari ini pada pukul 9.05 malam masih kelihatan seperti ini,” katanya.
Tinjauan di ruang komen mendapati hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsi pandangan mengenai pengurusan pengangkutan keluar dari litar.
Seorang pengguna, Shrlnzm berkata, keadaan hari ini lebih teratur kerana pengunjung sudah mengetahui lokasi untuk beratur bagi menaiki bas tertentu, namun jumlah pengunjung lebih ramai berbanding semalam.
“Hari ni lebih teratur dan kita tahu dekat mana nak berbaris untuk naik bas mana. Cuma jumlah hari ni lebih ramai dari semalam,” katanya.
Pendapat sama turut dikongsi Ahmadalief yang menyifatkan keadaan hari ini lebih tersusun berbanding semalam.
“Tapi lebih teraturlah dari semalam, macam zombi kejar bas,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Zozean berpendapat pihak pengurusan sudah mengambil iktibar daripada situasi yang berlaku semalam dengan menyediakan lebih banyak bas, mengurangkan kesesakan trafik serta menyediakan lokasi beratur yang lebih baik.
“Pada pendapat saya, mereka sudah mengambil iktibar daripada apa yang berlaku semalam. Hari ini lebih banyak bas disediakan, trafik juga lebih lancar dan lokasi untuk beratur lebih baik.
“Cuma jumlah orang yang mahu keluar pada masa sama terlalu ramai. Bukan berlaku di Sepang sahaja, malah kalau dilihat di Jepun, Sepanyol dan Imola pun situasinya sama apabila semua orang beratur untuk meninggalkan litar,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Tetap beratur 4 jam balik F1, orang terlalu ramai appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] ‘KLIA ke F1 Sepang sesak teruk, kasihan orang kejar nak naik flight’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/sesak-klia-1024x575.jpeg)