20 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
30 Sep 2026 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 20 kawasan catat IPU tidak sihat
Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, dengan Johan Setia di Selangor mencatatkan paras tertinggi, iaitu 166.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat lagi kawasan di Selangor turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Shah Alam (164), Klang (158), Petaling Jaya (155) dan Banting (143).

Dua stesen pemantauan di ibu negara yang merekodkan trend serupa ialah Cheras (162) dan Batu Muda (160), manakala Putrajaya mencatat bacaan 157.

Di Johor, lima kawasan terjejas ialah Pasir Gudang (164), Larkin (162), Kota Tinggi (155), Pengerang (152) dan Kluang (110), manakala di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (161) serta Seremban (153).

Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah dua kawasan di Pahang, iaitu Balok Baru dan Indera Mahkota yang masing-masing merekodkan bacaan 156, diikuti Kuala Terengganu, Terengganu (154), Bandaraya Melaka, Melaka (125) serta Kota Bharu, Kelantan (103).

Sementara itu, sebanyak 45 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan berada pada tahap baik.

Tahap bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved