22 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
30 Sep 2026 • 4:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 22 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 3.46 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi dicatatkan di Johan Setia iaitu pada kadar bacaan 168.

Selain itu, IPU tidak sihat turut dicatatkan di Shah Alam (165), Klang (158), Petaling Jaya (156) dan Banting (151) di Selangor.

Di Johor, beberapa kawasan turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Pasir Gudang (165), Larkin (163), Pengerang (152), Batu Pahat (122) dan Kluang (102).

“Di Kuala Lumpur terdapat dua kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, iaitu di Batu Muda (162) dan Cheras (161).

“Selain itu di Negeri Sembilan, kawasan dengan IPU tidak sihat ialah Nilai (161) dan Seremban (154),” katanya.

Sementara itu di Pahang, beberapa daerah merekodkan IPU tidak sihat iaitu di Indera Mahkota (158), Balok Baru Kuantan (158) manakala di Kuala Terengganu, IPU direkodkan 154.

“Selain itu, turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Putrajaya (156), Petaling Jaya, Selangor (156), Bandaraya Melaka, Melaka (138), Kota Bharu, Kelantan (118), Tanjung Malim, Perak (107).

“Sementara itu, sebanyak 43 lagi kawasan mencatatkan IPU sederhana manakala tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU baik iaitu di Limbang, Sibu dan Miri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post 22 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved