29 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
30 Sep 2026 • 11:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 29 kawasan catat IPU tidak sihat
Shah Alam mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu sebanyak 17O pada pagi Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan merekodkan IPU tahap tidak sihat di Selangor ialah Johan Setia dengan bacaan 175, Cheras (172), Shah Alam (170), 166, Klang (163), Petaling Jaya (161), Banting (159) dan Kuala Selangor (152), Kuala Lumpur dan Batu Muda masing-masing 166.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (170), Seremban (161) dan Port Dickson (153), manakala enam kawasan di Johor melibatkan Pasir Gudang (168), Larkin (165), Kota Tinggi (159), Pengerang (153), Batu Pahat (152) dan Kluang (121).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Indera Mahkota dan Balok Baru, Kuantan masing-masing dengan bacaan 162, diikuti Rompin (133) dan Jerantut (122) di Pahang.

Di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Kuala Terengganu (157), Kemaman (152) dan Paka (151), manakala di Melaka melibatkan Bandaraya Melaka (155) dan Bukit Rambai (153).

Selain itu, Seri Manjung dan Tanjung Malim di Perak masing-masing mencatatkan bacaan 151, manakala Putrajaya merekodkan bacaan 163.

Sementara itu, sebanyak 36 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan tiga kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved