
SOOK: Seramai 20 keluarga menerima kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi DUN Sook.
Adun Sook merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menyempurnakan penyerahan kunci rumah berkenaan dalam suatu majlis di Kampung Biah Tengah, Selasa.
20 keluarga yang menerima Rumah Mesra SMJ ini terbahagi kepada Mukim Sook (5), Mukim Tiulon (4), Mukim Dalit (5) dan Mukim Ansip (6).
Difahamkan senarai 20 keluarga ini merupakan senarai penerima bagi 2022, manakala senarai penerima bagi 2023 serta 2024 sudah ada dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Seramai 300 lagi pemohon di Sook yang layak menerusi e-Kasih masih menunggu untuk mendapatkan kemudahan ini,” katanya.
Beliau berharap kerajaan negeri meneruskan program ini bagi memenuhi keperluan yang mendesak, terutamanya daripada keluarga golongan miskin.
Selain itu, Ellron turut berharap agar penerima kunci Rumah Mesra SMJ ini menghargai usaha murni daripada kerajaan untuk membantu mereka dengan tidak menyalahgunakan kemudahan ini.
“Kita juga ingin mengingatkan kepada penerima agar menghayati dan menghargai sumbangan kerajaan negeri dengan tidak menyalahgunakan kemudahan ini seperti menyewakan kepada orang lain, dan ada yang tidak menghuni sama sekali. Hal sedemikian akan menghampakan harapan kerajaan negeri.
“Saya berharap perkara sebegini tidak akan berlaku di Sook,” tambah beliau.
Terdahulu, sebelum menyempurnakan majlis tersebut, Ellron sempat ke Kampung Ansip Laut, Mukim Ansip bagi melawat Rumah Mesra SMJ dan menyerahkan kunci kepada (Puan) Justinah Tingkalor.
Hadir sama dalam majlis itu, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Caroline Benjamin Jiugan, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sook Tony Talasoi, antara lain.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

