200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April

LocalCars
15 May 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 200 unit model BEV pertama, Honda e:N1 sudah ditempah sejak tempahan dibuka pada 15 April lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sarly Adle Sarkum, berkata, BEV pertama sudah menerima tempahan 200 unit.

image is not availableimage is not available

"Dalam tempoh sebulan, 200 unit e:N1 sudah dan penghantaran pertama dijangka pada pertengahan Jun.," katanya kepada Carz.com pada sidang akhbar selepas melancarkan e:N1 ke pasaran tempatan tadi.

Bagi yang berminat dengan Honda e:N1 ini, ia juga boleh ditempah secara dalam talian dengan bayaran serendah RM99 sahaja.

Ditanya mengenai sasaran jualan, beliau berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 83,000 unit pada tahun ini.

Menariknya, pada suku pertama sahaja, syarikat telah berjaya menjual 24,000 unit kenderaan sekali gus menunjukkan prestasi pasaran yang cukup kukuh.

Untuk mengetahui mengenai lebih lanjut mengenai e:N1, KLIK!