Dilancar: Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000

LocalCars
15 May 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

Honda e:N1 yang dinantikan selama ini dijual pada harga RM149,900

Bagi yang tidak tahu, e:N1 merupakan BEV pintar dan sofistikated yang direka berasaskan falsafah 'human-centric' Honda dan dibina berdasarkan platform pacuan roda hadapan baharu, e:N Architecture F.

Dari segi dimensi, Honda e:N1 berukuran 4,380 mm (panjang), 1,790 mm (lebar), 1,592 mm (tinggi) dan jarak roda pula 2,607 mm Wheelbase. Jentera comel ini cuma seberat 1,662 kilogram.

Menjengah bahagian luarannya, ia sebenarnya kelihatan mirip dengan Honda HrR-V namun didatangkan dengan gril jenis tertutup. Malah, e:N1 juga kelihatan lebih menyerlah dengan Lampu Hadapan LED Penuh dan Lampu Belakang LED yang bergaya.

Bagi menonjolkan identitinya sebagai BEV baharu, ia hadir dengan logo 'H' putih yang melambangkan elektrifikasi Honda. Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan kluster instrumen bersaiz 10.2 inci, paparan infotainmen 15.1 inci, uphosteri kulit sintetik, paddle shifter serta didatangkan dengan lampu ambien, pad pengecas tanpa wayar dan banyak lagi.

Keselamatan pula sentiasa menjadi aspek penting bagi setiap kenderaan Honda, justeru e:N1 dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan termasuk Maklumat Titik Buta (BSI) dengan Pemantau Trafik Silang (CTM), serta sembilan fungsi keselamatan lanjutan penuh di bawah Honda SENSING.

Dikuasakan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 68.8kWh, e:N1 menghasilkan kuasa maksimum 150kW dan tork 310Nm, dengan jarak pemanduan sehingga 500 kilometer (km) (mengikut piawaian NEDC).