21 Jam Hadap 'Jem', Wanita Kongsi Perjalanan Pulang Beraya

19 Mar 2026 • 3:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

21 Jam Hadap 'Jem', Wanita Kongsi Perjalanan Pulang Beraya

Setiap kali tiba Hari Raya, keadaan jalan raya pasti menjadi lebih sesak berbanding hari biasa.

Keadaan ini sudah menjadi perkara yang sering berlaku saban tahun apabila ramai perantau pulang ke kampung halaman secara serentak.

Disebabkan itu, ada yang sanggup mengambil cuti lebih awal semata-mata untuk mengelakkan kesesakan teruk.

Malah, tidak kurang juga yang memilih untuk pulang menaiki pesawat walaupun perlu berbelanja lebih, asalkan perjalanan lebih selesa dan menjimatkan masa.

Namun begitu, masih ramai yang memilih untuk memandu sendiri dan berdepan perjalanan yang panjang demi pulang beraya bersama keluarga tercinta.

Baca juga:

Wanita hadap jem selama 21 jam

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial memaparkan seorang wanita yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 21 jam.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @iykabhrddn_ di Threads, perjalanannya bermula dari Cyberjaya seawal 3 pagi menuju ke Kelantan.

Difahamkan, dia tiba di Kelantan sekitar jam 12.30 pagi keesokan harinya.

"Dari gelap sampai cerah, sampai gelap semula baru sampai," ujarnya.

Dia turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan keadaan jalan raya ketika siang dan malam.

image is not available
Kredit: @iykabhrddn_ via Threads
image is not available
Kredit: @iykabhrddn_ via Threads

Tambah @iykabhrddn_ lagi, dia melakukan perjalanan tersebut seorang diri tanpa ditemani sesiapa.

Hantaran tersebut mencecah 202 ribu tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads memberi pelbagai reaksi.

Kebanyakannya, turut berkongsi pengalaman yang sama ketika menghadapi kesesakan lalu lintas.

"Raya sebelum PKP, abang saya rekod dia 23 jam baru sampai kampung. Tu masa yang jem paling teruk dalam sejarah," komen seorang wargamaya.

"Perghh memang strong. Saya dari Rawang ke Kelantan 10 malam sampai 8 pagi lalu jalan Karak lama, a bit scary tapi sekurang-kuranya tak hadap jem," kongsi seorang netizen.

"Anda memang hebat. Saya paling lama solo drive 11 jam, itu pun nak surrender dah," komen seorang lagi wargamaya.