21 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 21 kawasan catat IPU tidak sihat

PETALING JAYA – Sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu IPD Serian dengan 182, Samarahan (168) dan Sri Aman (164).

Di Johor pula, Larkin merekodkan IPU 162 manakala Pasir Gudang (155).

Putrajaya, Nilai, Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Johor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 154.

Sementara itu, di Selangor, Shah Alam merekodkan IPU 153 manakala Johan Setia (127).

Di Kuala Lumpur, Cheras menjadi satu-satunya kawasan merekodkan bacaan tidak sihat dengan IPU 133.

Dalam pada itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (99), Miri, Sarawak (99) dan Politeknik Kota Kinabalu (98).

Lima kawasan pula merekodkan kualiti udara pada tahap baik, termasuk Tanah Merah, Kelantan dengan IPU 47, Sungai Petani, Kedah (41) dan Alor Setar, Kedah (35).

Berdasarkan klasifikasi IPU, bacaan 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas dikategorikan sebagai berbahaya.- KOSMO! ONLINE

The post 21 kawasan catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved