Jerebu: 22 Kawasan catat IPU tidak sihat, Serian paling tinggi

LocalEnvironment
20 Sep 2026 • 11:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 22 Kawasan catat IPU tidak sihat, Serian paling tinggi
Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi dicatatkan di IPD Serian (182) di Sarawak, manakala tujuh kawasan di negeri itu merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Samarahan (168), Kuching (166), Sri Aman (163), Bintulu (153), Sibu (152), Sarikei (116) dan Samalaju (105).

Lima kawasan di Johor turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Larkin (162), Batu Pahat dan Pasir Gudang masing-masing mencatatkan rekod IPU (155) serta Segamat (154) dan Tangkak (153).

Selain itu, Putrajaya dan Nilai di Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan bacaan 154, manakala Shah Alam, Selangor mencatatkan bacaan 152, diikuti Cheras di Kuala Lumpur (133) dan Seremban, Negeri Sembilan (127).

IPU tidak sihat turut dicatatkan di Bukit Rambai, Melaka, merekodkan bacaan 121, Bandaraya Melaka (114), manakala di Selangor, iaitu Johan Setia (112) dan Petaling Jaya (102).

Sementara itu, sebanyak 40 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala lima kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved