
PETALING JAYA– Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat berdasarkan paparan sistem MyEQMS Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Sarawak mencatat jumlah kawasan paling banyak dengan 12 lokasi, diikuti Johor sebanyak lima kawasan dan Negeri Sembilan serta Selangor masing-masing tiga kawasan.
Bacaan tertinggi direkodkan di IPD Serian, Sarawak dengan IPU 176, diikuti Samarahan (169) dan Kuching (166).
Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Sri Aman, Sarawak turut mencatat 158.
Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Segamat, Johor (156), Shah Alam (155), Batu Pahat dan Bintulu masing-masing 155, Seremban serta Larkin masing-masing 154 dan Tangkak (154).
Turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Johan Setia, Selangor (153), Bukit Rambai, Melaka (152), Miri dan Sibu, Sarawak masing-masing 152 serta Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (152).
Sementara itu, Cheras, Kuala Lumpur merekodkan IPU 151, Bandaraya Melaka (151), Petaling Jaya (139), Batu Muda, Kuala Lumpur (138), Samalaju, Sarawak (128), Port Dickson, Negeri Sembilan (121), Indera Mahkota Kuantan, Pahang (112), Limbang, Sarawak (103) dan ILP Miri (101).
Orang ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga serta mengurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan kualiti udara bertambah buruk.- KOSMO! ONLINE
The post 27 kawasan termasuk PJ, Cheras catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






