23 Rakyat Malaysia Disenaraikan Hilang Dalam Bencana Banjir Nepal

28 Aug 2026 • 12:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Polis Nepal pada Khamis mengeluarkan senarai nama individu yang dilaporkan hilang susulan bencana banjir besar yang melanda negara berkenaan, termasuk beberapa warga asing.

Berdasarkan senarai tidak lengkap yang dimuat naik menerusi laman Facebook Polis Nepal setakat jam 1 tengah hari waktu tempatan, seramai 23 rakyat Malaysia, terdiri daripada lapan wanita dan 15 lelaki, dilaporkan masih hilang.

Advertisement

Senarai tersebut turut memaparkan maklumat seperti nama, tarikh lahir serta negara asal individu yang terlibat.

Antara rakyat Malaysia yang disenaraikan ialah:

senarai nama

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan bahawa jumlah sebenar rakyat Malaysia yang masih hilang akibat bencana tersebut belum dapat disahkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Nepal.

Dalam usaha membantu proses pengecaman, Polis Nepal turut menyediakan senarai serta gambar mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti. Ahli keluarga boleh mengakses maklumat berkenaan menerusi kod QR yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Polis Nepal.

View this post on Instagram

Sementara itu, angka korban akibat banjir kilat berkenaan dilaporkan terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 389 orang, manakala lebih 900 individu masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan di kawasan-kawasan terjejas di Nepal dan Tibet bagi mengesan mangsa yang masih belum ditemui. – BERITA HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

najib muhyiddin ismail2026-08-27 11:35:52

'Reunion' Di Mahkamah, Tiga Bekas Perdana Menteri Hadir Serentak Bagi Prosiding Mahkamah Kes Berasingan

The post 23 Rakyat Malaysia Disenaraikan Hilang Dalam Bencana Banjir Nepal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved