Banjir Nepal: PM arah segera kesan rakyat Malaysia terjejas

28 Aug 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Banjir Nepal: PM arah segera kesan rakyat Malaysia terjejas

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha segera bagi mengesan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas susulan banjir besar di Nepal.

Beliau berkata, kerajaan telah menerima senarai terakhir rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan, namun terdapat beberapa kes melibatkan kehilangan nyawa yang masih belum dapat disahkan.

“Kita telah menerima senarai terakhir dan memang terdapat beberapa puluh rakyat Malaysia yang sempat datang. Jelas kehilangan nyawa, ataupun masih belum dapat disahkan.

“Jadi kita minta tolong kawan semua hubungi. Kita ada ramai di luar negara dan tadi saya dapat daripada beberapa negara berhubung keadaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang, Butterworth di sini, tadi.

Menurut beliau, kerajaan kini sedang menyelaraskan maklumat yang diterima dari beberapa negara jiran termasuk India, China dan Bangladesh bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai keadaan rakyat Malaysia, ketika ini.

Katanya, semua laporan berkenaan akan diteliti bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia, termasuk memastikan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita sedang selaraskan laporan daripada beberapa negara jiran seperti India, China dan Bangladesh telah dikirim dan kita akan teliti hari ini untuk memastikan mereka tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seramai 51 rakyat Malaysia disenaraikan sebagai individu yang masih terputus hubungan susulan kejadian banjir besar di Nepal.

Berdasarkan dokumen bertajuk ‘Tourist list (out of contact) in Bhotekoshi Flood’ yang dikeluarkan Jabatan Pelancongan Nepal, senarai berkenaan memuatkan maklumat pelancong dari pelbagai negara yang gagal dihubungi selepas bencana itu.

Dokumen yang dikemas kini pada pukul 2.15 petang semalam itu turut menyenaraikan nama, tarikh lahir, jantina, negara asal serta agensi pelancongan yang digunakan individu terlibat. – KOSMO! ONLINE

The post Banjir Nepal: PM arah segera kesan rakyat Malaysia terjejas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved