238 kes pemandu mabuk dalam 3 bulan – JSPT

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JSPTmemaklumkan, memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah merupakan satu jenayah serius yang mengancam nyawa. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan 255 operasi membabitkan pemandu mabuk dengan 238 pertuduhan dibuat di seluruh negara pada Januari hingga Mac lalu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah merupakan satu jenayah serius yang mengancam nyawa.

"Ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menjadi ancaman kepada semua pengguna jalan raya.

"Memandu dalam keadan mabuk boleh membawa kepada kematian, kecederaan parah, kecacatan kekal dan penderitaan seumur hidup kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya pada Rabu.

Tambah JSPT, tiada alasan dan pengecualian kerana penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk.

Tegasnya, fikir sebelum memandu dan ingat, satu kesilapan boleh menghancurkan masa depan dan meragut nyawa orang lain.

Peruntukan undang-undang dilakukan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan denda minimun RM10,000 penjara sehingga dua tahun dan lesen memandu digantung selama dua tahun jika disabitkan kesalahan.