
PETALING JAYA – Sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 196, diikuti Larkin, Johor dengan bacaan 177.
Pengerang, Johor pula merekodkan bacaan IPU sebanyak 174, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (173), manakala Seremban, Negeri Sembilan dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 172.
Klang, Selangor merekodkan bacaan IPU sebanyak 171, diikuti Batu Pahat, Johor dan Johan Setia, Selangor yang masing-masing mencatatkan bacaan 170.
Petaling Jaya dan Shah Alam, Selangor serta Melaka masing-masing merekodkan bacaan 169, manakala Tangkak, Johor mencatatkan bacaan 168.
Bukit Rambai, Melaka merekodkan bacaan IPU sebanyak 166, diikuti Alor Gajah, Melaka (165), manakala Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bacaan 162.
Segamat, Johor merekodkan bacaan 161, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur dan Kluang, Johor yang masing-masing mencatatkan bacaan 159.
Port Dickson, Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan 157, diikuti Sandakan, Sabah (156), Banting, Selangor (153) dan Tawau, Sabah (150).
Sementara itu, sebanyak 43 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dan 1 kawasan pada tahap baik. – KOSMO! ONLINE
The post 24 kawasan catat IPU tidak sihat, Pasir Gudang tertinggi 196 appeared first on Kosmo Online.






