242 pelajar tajaan Mara di Perancis selamat – Asyraf Wajdi

19 Oct 2026 • 3:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 242 pelajar tajaan Mara di Perancis selamat – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Seramai 242 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Perancis dilaporkan selamat susulan kejadian rusuhan di negara berkenaan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semua pelajar terbabit turut diminta sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan awam yang terjejas akibat rusuhan.

“Alhamdulillah status 242 Pelajar Tajaan Mara di Perancis selamat dan mereka diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan-kawasan awam yang terbabit dengan rusuhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu media melaporkan, gelombang rusuhan dan protes besar-besaran sedang melanda beberapa negara di Eropah sejak September dan memuncak di beberapa bandar raya utama termasuk Paris dan Milan, Itali pada Sabtu lalu.

Ia susulan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu khususnya kebajikan pelajar, kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sara hidup.

Demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu peserta di pelbagai bandar itu turut bertindak gamas merosakkan bangunan awam, membakar kenderaan serta merompak premis perniagaan. – KOSMO! ONLINE

The post 242 pelajar tajaan Mara di Perancis selamat – Asyraf Wajdi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved